peta negeri selangor
PETA NEGERI SELANGOR Pada abad ke-15 , Selangor terletak di bawah pemerintahan Melaka . Selepas kejatuhan Melaka, ia menjadi rebutan di antara penjajah Portugis, Johor , Aceh dan Siam . Selepas Belanda menewaskan Portugis di Melaka, mereka membawa masuk askar upahan Bugis dari Sulawesi. Ini menyebabkan kaum Minangkabau yang lebih dulu (100 tahun awal) datang dari Sumatra terpaksa berpindah. Pada kurun ke-19, kemajuan ekonomi akibat perlombongan bijih timah dan penanaman pokok getah menarik ramai pendatang China . Kaum Cina ini membentuk kongsi gelap dan berpakat dengan pembesar-pembesar Selangor merebut kekayaan ini. Suasana kucar-kacir serta Perang Kelang ini memberi peluang kepada British untuk memaksa Sultan Selangor menerima seorang Residen British di Klang pada 1874 . Taktik ini berkesan apabila British berjaya mengawal keadaan dan Selangor kembali makmur. Pada 1896 , Residen Frank Swettenham bertanggungjawab menyatukan Selangor dengan Negeri Sembilan, Perak dan
Comments
Post a Comment